Sambutan Maulidur Rasul Peringkat sekolah pada tahun ini telah diadakan pada
Hari Jumaat 1 hb Februari 2013Masihi bersamaa 20 Rabiul Awal 1434Hijrah.
Pada hari tersebut, berbagai acara telah diadakan seperti:
1- Ceramah tentang Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Mohd Shafik dari SRA Kg. Jawa
2- Perbarisan oleh pelajar-pelajar SRA Kg Jawa, Klang
3- Pertandingan sepanduk
4- Pertandingan Nasyid Selawat sempena Maulidur Rasul.
Semua pertandingan telah diadili oleh Hakim yang arif dan bijaksana dari SRA Kg jawa, Klang
Semoga dengan adanya sambutan tersebut, dapat menyemai semangat cinta dan kasih pelajar kepada Rasullullah S.A.W. Salam Maulidur Rasul...